Terdapat 69 kes positif baharu dilaporkan pada 1 Mei 2020. 12 daripada jumlah tersebut adalah kes import.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain

Klinik Veterinar boleh beroperasi melalui temujanji sahaja.

Sila hubungi Klinik Veterinar yang berhampiran untuk temujanji.

Jangan lupa jaga kebersihan diri anda dan haiwan peliharaan. Jaga jarak dan patuhi arahan yang di keluarkan dari masa ke semasa.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Ayuh mengurus informasi COVID-19 dengan bijak! Sebarkan info sahih, elakkan info palsu. Sertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innovation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekarang dan menangi hadiah menarik!

Kongsikan idea menarik anda kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat COVID-19 secara bijak di media sosial. Penyertaan adalah percuma. Tarikh tutup penyertaan: 31 MEI 2020.

Klik link untuk sertai: https://bit.ly/2VKpzrMborangpendaftaran

 

 

Sehingga 29 April 2020, jam 5.00 petang, terdapat 72 KES positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 508 KES.

Kesemua kes ini merupakan KES IMPORT Kluster Pesantren yang melibatkan pelajar yang pulang dari Indonesia dan ditempatkan di Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan 81 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang