Sehingga 27 April 2020 jam 5.00 Petang, terdapat SATU (1) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 435 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan sebanyak 81 KES dengan SATU (1) KEMATIAN.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain