Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), didapati masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diperhatikan juga, penduduk zon hijau mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM.

KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihatnasihat kesihatan yang telah dikeluarkan kerana memikirkan
bahawa wabak ini hampir selesai. Pada hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke
penghujungnya.

Oleh itu, KKM menyeru kepada semua masyarakat termasuk mereka di kawasan yang diistiharkan sebagai zon hijau agar tidak leka dan kekal mematuhi PKP. Virus
COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingat bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah
sekutu kepada virus ini.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain