Laporan PKPD COVID-19 di Malaysia (Sehingga 26 April 2020)

Sehingga 26 April 2020 pukul 12 tengah hari, bagi aktiviti PKPD didapati seramai 21,466 orang telah menjalani ujian COVID-19 di dalam kawasan PKPD. Setakat ini, 638 kes didapati positif COVID19 (2.97 peratus).

Didapati bahawa daripada jumlah positif COVID19 ini, seramai 388 kes (61 peratus) adalah bukan warganegara Malaysia dan baki 250 kes (39 peratus) pula adalah warganegara Malaysia.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain

Sehingga 26 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat SATU (1) KES baru positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 434 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan adalah sebanyak 80 KES dengan SATU (1) KEMATIAN.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain

Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), didapati masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diperhatikan juga, penduduk zon hijau mulai mengambil mudah situasi tiada kes baharu yang dilaporkan, dan ini sememangnya merisaukan KKM.

KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihatnasihat kesihatan yang telah dikeluarkan kerana memikirkan
bahawa wabak ini hampir selesai. Pada hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke
penghujungnya.

Oleh itu, KKM menyeru kepada semua masyarakat termasuk mereka di kawasan yang diistiharkan sebagai zon hijau agar tidak leka dan kekal mematuhi PKP. Virus
COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingat bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah
sekutu kepada virus ini.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain

Infografik Perintah Kawalan Aktiviti Sambutan Bulan Ramadhan 1441H Bagi Membendung Wabak COVID-19 Di Negeri Sembilan.

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain  #KitaMestiMenang

LAPORAN KLUSTER COVID 19 YANG AKTIF DI MALAYSIA (Sehingga 25 April 2020)

Hanya tiga (3) kluster yang melaporkan kes positif baru COVID19 pada hari ini. Kluster tersebut adalah Kg. Sungai Lui, Pesantren dan PUI Bali yang mana setiap dari kluster tersebut mencatatkan satu (1) kes baru.

Walaubagaimanapun, KKM menyeru orang ramai supaya terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan. Perang kita dengan virus COVID19 ini masih belum tamat.

Jangan jadikan diri kita penyebab wujudnya kluster baru. Ikut arahan dan nasihat yang telah diberikan.

#StayAtHome  #StaySafe  #BreakTheChain