Muat turun aplikasi MySejahtera atau layari http://www.moh.gov.my/ untuk mendapatkan senarai fasiliti saringan COVID-19.

#StaySafe  #StayHome  #KitaMestiMenang

Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Terdapat 7 negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes iaitu Turki, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan jumlah kadar peratusan untuk ketujuh-tujuh negara tersebut adalah 65.98% daripada jumlah keseluruhan kes di dunia.

Negara Belgium masih lagi mencatat peratusan kematian yang tinggi iaitu 15.44% bagi negara yang mempunyai kes melebihi 250 kes.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Daerah dalam zon merah terus berkurang kepada 12 daerah.

Zon hijau terus meningkat menjadi 77 daerah.

Kita masih belum menang. Keadaan boleh jadi sebaliknya jika kita ingkar arahan PKP.

Teruskan duduk di rumah, penjarakan sosial, elak berkumpul dan kerap cuci tangan.

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain  #KitaMestiMenang

Pelaksanaan PKP di negara kita merangkumi empat (4) pelan tindakan (action plan) utama, di mana dua (2) tindakan adalah oleh Kerajaan dan dua (2) lagi tindakan adalah melibatkan masyarakat umum. Tindakan yang telah diambil Kerajaan adalah kawalan pergerakan dan kawalan sempadan.

Perjuangan kita menentang COVID-19, iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang dan usaha kita perlu berterusan. Norma kehidupan yang baharu ini perlu diterapkan ke semua peringkat masyarakat agar ianya menjadi amalan kita semua. Ternyata kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan virus COVID-19 adalah kejayaan bersama, iaitu Rakyat dan Kerajaan.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Laporan Kluster COVID-19 yang aktif di Malaysia (sehingga 27 April 2020).

Terdapat tiga (3) kluster yang melaporkan kes baru pada hari ini.

1. Persidangan Gereja = 2 kes baru
2. Pesantren = 1 kes baru
3. Sendayan = 1 kes baru

#StaySafeAtHome  #BreakTheChain