Terkini, #covid19malaysia KLUSTER DIISYTIHARKAN TAMAT, 18 Mei

Kluster Pengerang dan Kluster Istana Negara adalah kluster terbaru yang diisytiharkan tamat pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kluster yang diisytiharkan tamat adalah sebanyak 13.

Berikut adalah senarai kluster yang telah diisytiharkan tamat sebelum hari ini.

1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
5. Kluster Rembau
6. Kluster Tabligh Pakistan
7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
8. Kluster Pekan
9. Kluster Kilang Pasir Gudang
10. Kluster BBIM
11. Kluster Tabligh Makassar Sabah

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Memiliki Pengesahan Halal Dari JAKIM/JAIN Dan Mengandungi Sumber Bahan Ramuan Yang Tidak Halal

Rujuk pautan - https://sebenarnya.my/produk-brown-sugar-bubble-tea-ball-t…/

#StayHomeStaySafe  #TidakPastiJanganKongsi

Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam telah berupaya mempertingkatkan penyeragaman sistem data makmal dari semua makmal yang menjalankan ujian #COVID19 (makmal KKM, universiti, MOSTI dan makmal swasta).

Data-data ini kemudian menjalani proses pemurnian menggunakan sistem eCoVID bagi memastikan pengumpulan data dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

Sistem pangkalan data eCOVID yang dibangunkan KKM dengan kerjasama MKN dan SKMM ini, merupakan pencapaian baik berbanding sebelum ini yang mana data dari lapangan dan makmal dilapor secara manual.

Hasil penggunaan sistem pengumpulan data lebih cekap ini, jumlah individu yang saring ialah 424,306 orang termasuk 6,855 positif #COVID19 dan 417,451 negatif, setakat 15 Mei.

Ini menjadikan kadar positif adalah 1.62%. dan bilangan orang yang disaring ialah 13 orang bagi setiap 1,000 populasi iaitu negara paling banyak menjalankan ujian saringan dalam kalangan negara Asean lain.

Sebelum ini, KKM melaporkan 297,342 orang disaring dan 6,819 positif dan kadar positif 2.29%, yang dilaporkan pada 14 Mei.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang  #BreakTheChain

Di hospital/ klinik, anggota kesihatan akan membuang sarung gerah selepas ia digunakan/ selepas prosedur.

Penggunaan sarung di tempat awam akan akibatkan anda membawa segala kekotoran bersama selepas menyentuh pelbagai permukaan.

Langkah pencegahan yang lebih baik adalah dengan mengamalkan rutin membasuh tangan dengan kerap

Basuh tangan atau guna hand sanitizer adalah lebih baik berbanding penggunaan sarung tangan.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang  #BreakTheChain

Garis panduan pelaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat Terawih, dan solat Sunat Aidilfitri di Masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih di zon hijau,

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan termasuklah bilangan jemaah dan tindakan sebelum hadir.

Patuh pada arahan yang diberikan agar keselamatan semua orang terjamin.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang  #SocialDistancing