|
Tujuan :
Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan antara kumpulan untuk bersaing di dalam setiap pertandingan yang dijalankan di dalam aktiviti raya.
Aktiviti :
Para peserta telah diberikan dipecahkan kepada dua kumpulan dengan berdasarkan cabutan undian oleh petugas PI. Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan kepada para peserta. Para peserta diuji dengan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka semua seperti permainan kahoot, silang kata, perkataan tersembunyi dan sebagainya.
|
Tujuan :
Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan idea kreatif para pelajar dalam menghasilkan kad digital. Selain itu, para pelajar dapat mengadaptasikan kad digital tersebut secara interaktif berbanding kad biasa yang diterima.
Aktiviti :
Petugas memberikan pengenalan ringkas berkenaan kad digital kepada para pelajar. Para pelajar diajar terlebih dahulu untuk menghasilkan kad digital dengan menggunakan 'microsoft power point'. Para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan kad digital berdasarkan kreativiti mereka yang bertemakan 'Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya'.
|
Tujuan :
Kelas yang membantu usahawan dalam penggunaan media sosial dan pembangunan laman sesawang dalam perniagaan. Usahawan juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang cara untuk membangunkan laman sesawang secara sendiri tanpa bantuan orang lain. Kelas ini juga dapat meningkatkan lagi penambahan pendapatan usahawan.
Aktiviti :
Petugas memberi sedikit penerangan berkenaan 'facebook', 'instagram'dan pembangunan blog. Usahawan diajar secara langkah demi langkah untuk membangunkan laman sesawang dan juga media sosial.
|
Tujuan :
Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi perkongsian ilmu berkenaan keberkatan di dalam bulan Ramadhan dan mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada para pelajar seperti membaca Al-Quran dan menghafaz ayat pendek Al-Quran. Selain itu, mempertingkatkan pengetahuan tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan puasa.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan dengan keberkatan bulan puasa kepada para pelajar. Petugas juga membincangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar dalam program tersebut. Para pelajar diuji kemahiran pengetahuan mereka dengan beberapa aspek seperti bacaan Al-Quran dan Hafazan Al-Quran. Para pelajar juga diberikan beberapa soalan yang berkaitan dengan puasa.
|
Tujuan :
Kelas yang memberi pendedahan tentang kepentingan simpanan para pekerja untuk masa depan mereka. Kelas ini juga membantu meningkatkan pemahaman kepada para pekerja tentang prosedur potongan dan pengeluaran simpanan.
Aktiviti :
Penceramah memberi penerangan ringkas berkenaan simpanan KWSP kepada para peserta yang menyertai taklimat tersebut. Penceramah juga memberi penerangan kepada beberapa kategori yang ada di dalam KWSP. Penceramah juga memaklumkan tentang prosedur yang perlu dipatuhi sepanjang kemasukan dan pengeluaran KWSP yang dilakukan.