|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan melatih para pelajar supaya menjadi lebih kreatif. Selain itu, memberikan teknik pembelajaran secara interaktif kepada para pelajar melalui 'youtube'.
Aktiviti :
Para pelajar diberi pengenalan ringkas oleh petugas PI tentang topik pembelajaran pada hari tersebut. Petugas memberi tunjuk ajar terlebih dahulu kepada para pelajar sebelum memulakan kelas berkenaan dengan cara menayangkan beberapa video di 'youtube' tentang cara membuat origami yang kreatif. Para pelajar diberikan beberapa helaian kertas untuk membuat origami berdasarkan kreativiti mereka.
|
Tujuan :
Pengguna memohon jawatan pembantu tadbir gred S19 melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pengguna perlu menjawab solan peperiksaan secara 'online' sebagai langkah pertama untuk melepasi syarat permohonan ke peringkat seterusnya.
Aktiviti :
Pengguna hadir ke Pusat Internet dengan masa yang telah ditetapkan sebelum waktu peperiksaan 'online' bermula. Pengguna melayari laman sesawang SPA untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut. Pengguna menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan berdasarkan masa yang telah diberikan.
|
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta menggunakan komputer dengan lebih baik. Selain itu, peserta dapat mengetahui cara untuk menggunakan internet dan membuat pencarian lokasi yang dikehendaki melalui 'google maps'.
Aktiviti :
Peserta membuat kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi dengan mencari peta lokasi melalui 'google maps' di internet untuk dijadikan sebagai kawasan kajiannya. Peserta dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk memberi tunjuk ajar tentang penggunaan dan membuat pencarian lokasi di 'google maps'.
|
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar tabika untuk mengenal nombor dan bijak dalam urutan nombor. Selain itu, meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengenal dan menulis nombor.
Aktiviti :
Pelajar tabika diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet tentang topik pembelajaran. Petugas menggunakan aplikasi pembelajaran dan permainan melalui 'android'. Ini akan membuatkan pembelajaran para pelajar akan menjadi lebih menarik dan seronok di mana pelajar boleh belajar sambil berhibur.
|
Tujuan :
Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Kelas ini juga membantu para pelajar dalam penggunaan kosakata dan ejaan di dalam Bahasa Inggeris.
Aktiviti :
Para pelajar bermain kuiz 'word search' secara 'online' untuk mencari perkataan-perkataan tersembunyi di dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, para pelajar diuji dalam ejaan perkataan yang telah diberi oleh petugas Pusat Internet.