|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar para pelajar tabika dalam mengenal Negara Malaysia serta bendera warna-warna pada bendera Malaysia sempena di bulan kemerdekaan. Para pelajar juga mengetahui teknik mewarna poster dengan betul dan cantik.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan berkenaan bendera Malaysia dan negeri-negeri yang terdapat di seluruh Malaysia. Para pelajar diberi penerangan tentang warna dan maksud pada Jalur gemilang. Para pelajar diberikan tugasan untuk mewarna poster kemerdekaan dengan mengikut warna-warna bendera dan logo yang ditetapkan.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan dalam perkongsian maklumat berkenaan pekerjaan yang sedang dijalankan di media sosial. Selain itu, dapat meningkatkan lagi bilangan pengikut (followers) di media sosial.
Aktiviti :
Peserta dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan mengajar langkah-langkah untuk membuat perkongsian info di media sosial seperti 'facebook', 'instagram' dan 'whatsapp'. Selain itu, peserta di ajar berkenaan cara untuk membuat penambahan bilangan 'followers' di media sosial untuk meningkatkan lagi bilangan supaya dapat mengetahui info yang akan dikongsi serta mengetahui segala aktiviti yang dilaksanakan.
|
Tujuan :
Kelas ini dilakukan adalah untuk memberi pemahaman dan pengetahuan berkenaan pembelajaran Hari Raya Qurban atau lebih dikenali sebagai Hari Raya AidilAdha. Para pelajar mengetahui tentang maksud dan sejarah berkenaan Hari Raya Qurban.
Aktiviti :
Para pelajar diberi masa untuk mencari maklumat berkenaan Hari Raya Qurban di dalam masa yang ditetapkan oleh petugas Pusat Internet. Selepas itu, para pelajar perlu berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar yang lain tentang maklumat-maklumat yang telah dicari dan dibaca oleh mereka sendiri. Selepas itu juga, para pelajar diberi ujian untuk menjawab soalan-soalan yang diberi melalui permainan 'kahoot'.
|
Tujuan :
Kelas ini dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar dengan membina perkataan di dalam Bahasa Inggeris berdasasarkan ayat atau huruf yang telah diberi semasa di dalam permainan.
Aktiviti :
Para pelajar diberi masa untuk membina perkataan Bahasa Inggeris melalui perkataan 'PERSONALITY' yang telah diberikan oleh petugas Pusat Internet. Para pelajar perlu membina seberapa banyak perkataan dengan berdasarkan kemampuan mereka.
|
Tujuan :
Kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar dalam penguasaan asas pengaturcaraan. Ini juga sebagai latihan kepada para pelajar supaya memahami bahasa komunikasi yang digunakan oleh komputer.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan berkenaan asas pengaturcaraan melalui laman sesawang yang terdapat pada w3school.com. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dan para pelajar dipraktikkan untuk membuat input dan output berdasarkan soalan yang telah diberi.