Tarikh      : 20 September 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   10 Orang


Tujuan :

Kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam cara bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. Selain itu, memberi keyakinan diri para pelajar dalam berkomunikasi dalam bahasa inggeris kepada khalayak umum.

Aktiviti :

Para pelajar diberi beberapa tugasan dengan berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh petugas pusat internet seperti membina ayat di dalam bahasa inggeris. Para pelajar juga diberikan perkataan dan bercakap dengan rakan-rakan yang lain dengan menggunakan perkataan yang diberi.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 14 September 2019 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   6 Orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar berkenaan siaran TV Digital yang telah pun dimaklumkan oleh pihak SKMM sendiri melalui pengiklanan di televisyen atau di media sosial.   

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan berkenaan siaran tv digital melalui laman web dan juga risalah yang telah diberi. Para pelajar juga diberi pendedahkan awal berkenaan kelebihan yang ada pada siaran tv digital.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 23 Ogos 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   6 Orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tabika tentang Negara Malaysia. Selain itu, membantu mereka untuk mengenali bendera dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia dengan lebih dekat.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet tentang Negara Malaysia. Selain itu, petugas memaparkan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang kepada para pelajar dan memberitahu warna-warna yang ada pada bendera Malaysia. Para pelajar diberi tugasan untuk mewarna poster merdeka sebagai latihan dan juga memupuk semangat kemerdekaan terhadap mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 8 September 2019 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   4 Orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan dan pengetahuan kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat tentang media sosial.    

Aktiviti :

Para pelajar diberi latihan berkenaan dengan media sosial. Para pelajar menggunakan internet untuk mencari maklumat serta pengetahuan para pelajar tentang media sosial. Para pelajar perlu membentangkan tugasan mereka kepada petugas Pusat Internet.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 25 Ogos 2019 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   8 Orang


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah sebagai menaikkan semangat kemerdekaan dalam kalangan para pelajar. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk para pelajar seperti mewarna poster, kuiz kahoot dan silang kata. 

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet tentang aktiviti yang dijalankan serta membahagikan kumpulan. Aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan dengan kemerdekaan. Para pelajar diuji dengan beberapa soalan berkenaan sejarah kemerdekaan.

Lampiran Gambar Aktiviti