Tarikh      :  02 Oktober 2022

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 6.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 Orang


Tujuan :

Tujuan permohonan ini di lakukan adalah untuk memudahkan para pelajar membuat permohonan secara atas talian dan pengemaskinian data Perkeso agar lebih menjimatkan masa dan kos serta tenaga.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah permohonan Kolej Vokasional kepada para pelajar yang memohon. Petugas juga membantu pengguna dalam mengemaskini data Perkeso di dalam laman sesawang Perkeso.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  23 September 2022

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  18 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan menentusahkan pengesahan berita palsu di internet melalui portal Sebenarnya.my dan mengenali dengan lebih dekat tentang kitar semula. 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan portal Sebenarnya.my dan langkah-langkah untuk menggunakan portal tersebut. Selain itu, para pelajar mempelajari berkenaan kitar semula serta jenis bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Para pelajar juga diuji pemahaman dan ketangkasan dalam permainan online.

 Lampiran Gambar Aktiviti 

 


Tarikh      :  03 September 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Raja Fatin Zuhanis

 


Tujuan :

 

Tujuan permohonan ini adalah untuk memudahkan pemohon untuk memohon permohonan kolej tersebut. Ini juga akan memudahkan pemohon untuk membuat semakan keputusan permohonan.

 

Aktiviti :

 

Petugas membantu pemohon untuk memasuki laman sesawang Kolej Baitulmal dan menerangkan cara-cara untuk membuat permohonan kolej tersebut.

 

 Lampiran Gambar Aktiviti 

 


Tarikh      :  09 September 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  6 Orang


Tujuan :

Tujuan permainan ini dilaksanakan adalah untuk menguji pemahaman kepada para pelajar tentang maklumat kemerdekaan. Di samping menguji kebijaksanaan para pelajar, mereka juga tahu cara teknik mencari maklumat dengan betul dan pantas.

Aktiviti :

Petugas memberi beberapa soalan kuiz berkenaan Kemerdekaan Malaysia kepada para pelajar. Para pelajar dikehendaki menjawab kuiz tersebut dengan betul dan cepat melalui aplikasi kahoot.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  03 September 2022

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 11.45 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Muhammad Aidil Naufal Bin Khairul Anuar


Tujuan :

Tujuan kelas pembelajaran ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar dalam pembelajaran melalui bantuan bimbingan guru-guru yang telah dilantik untuk mengajar tuisyen tersebut.

Aktiviti :

Petugas membantu pelajar dengan menyediakan kemudahan pembelajaran seperti komputer dan internet untuk memudahkan pelajar semasa  pembelajaran kelas dilaksanakan. Petugas PEDi juga membantu pelajar menjawab latihan dan kuiz yang telah diberikan oleh guru tuisyen tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti