Tarikh      :  09 Januari 2023

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Mohd Danish Fadzli dan Hasni Izwan Samuni


Tujuan :

Tujuan kelas canva ini dijalankan adalah untuk membimbing dan meningkatkan kemahiran para pelajar di dalam penggunaan aplikasi canva dalam membuat poster yang cantik dan kreatif.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada para pelajar tentang cara penggunaan aplikasi canva dan memberi tips untuk membuat sebuah poster yang cantik dan kreatif.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  07 Januari 2023

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 10.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sinnadorai


Tujuan :

Tujuan kelas pembelajaran ini dilaksanakan adalah untuk memberi penambahan ilmu pembelajaran kepada pelajar di samping membantu pelajar dalam teknik menjawab soalan semasa di dalam peperiksaan.

Aktiviti :

Petugas menyediakan pautan masuk ke akaun E-Tuisyen dan pelajar memasuki kelas tersebut secara 'online'. Pelajar mengikuti pembelajaran berdasarkan tajuk pilihan guru tuisyen dan merujuk nota pembelajaran yang telah disediakan oleh guru tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  14 Disember 2022

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Puan Norliza Binti  Nordin


Tujuan :

Tujuan pendaftaran akaun SSM ini adalah bertujuan untuk membuat permit atau lesen perniagaan bagi usahawan yang ingin berniaga. Ini akan memudahkan urusan usahawan untuk memulakan perniagaan.

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk ajar kepada para usahawan dengan membuka laman sesawang ezbiz.ssm.com.my untuk membuat pendaftaran. Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan dengan membantu mengisi butiran-butiran yang di perlukan untuk mengisi pendaftaran tersebut sehingga lengkap

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  20 Disember 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Puan Norliza Binti Nordin


Tujuan :

Tujuan percetakan sijil perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini, adalah sebagai lesen dan bukti perniagaan untuk dipamerkan di premis perniagaan individu tersebut. 

Aktiviti :

Petugas mengemaskini kata laluan akaun usahawan sebelum 'log in' ke dalam akaun SSM untuk mencetak sijil perniagaan dari laman sesawang SSM. Selepas berjaya memasuki akaun SSM, petugas memuat turun dan mencetak sijil SSM usahawan.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  04 Disember 2022

Masa       :  Jam 3.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 orang


Tujuan :

Tujuan kertas kerja projek ini dilakukan adalah untuk menilai prestasi pemarkahan para pelajar di dalam peperiksaan akhir tahun yang akan datang. Di samping itu, memberi pendedahan kepada para pelajar  tentang cara-cara untuk membuat kertas kerja.

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk ajar kepada para pelajar untuk mencari sumber rujukan di internet dengan betul dan tepat. Selain itu, membantu para pelajar dalam menggunakan perisisan 'Microsoft Word' untuk menyiapkan kertas kerja projek.

 Lampiran Gambar Aktiviti