Tarikh      :  25 November 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar APC Pajam


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar tentang latar belakang kerjaya yang diimpikan sejak dari kanak-kanak demi mencapai masa depan mereka semua.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan berkenaan pengenalan cita-cita dan beberapa huraian serta tugasan berdasarkan kerjaya yang dipaparkan. Selain itu, pelajar juga bermain permainan interaktif melalui aplikasi quizz.com dengan memadankankan gambar kerjaya yang dipaparkan dengan betul. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  11 November 2022

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  En. Mohd Saidi 


Tujuan :

Tujuan permohonan ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk memohon secara atas talian bagi permohonan tersebut. Pengguna juga boleh melihat jenis-jenis bidang yang ditawarkan oleh Giat MARA serta lokasi penempatan pembelajaran. 

Aktiviti :

Petugas membantu pengguna membuka laman sesawang www.giatmara.edu.my dan memberi penerangan berkenaan bidang yang ditawarkan oleh pihak giat mara.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  17 Oktober 2022

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan membuat pelekat produk ini adalah untuk membantu usahawan mencantikkan dan melabelkan lagi penjenamaan produk usahawan. 

Aktiviti :

Petugas membantu usahawan dalam menggunakan aplikasi Canva untuk membuat pelekat produk. Petugas membuat beberapa perbandingan produk di Shopee untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan mendapatkan idea.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  21 Oktober 2022

Masa       :  Jam 9.30 Petang - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  18 orang


Tujuan :

Tujuan kelas tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan pemakanan sihat dan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam pemakanan sihat. 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada para pelajar berkenaan pemakanan sihat dan kategori nutrisi yang terdapat di dalam pemakanan sihat. Petugas juga menyediakan permainan secara atas talian sebagai latihan kepada para pelajar agar lebih memahami pembelajaran tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  03 Oktober 2022

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan permohonan ini di lakukan adalah untuk memudahkan pengguna berurusan untuk membuat permohonan pembahagian pusaka di dalam sistem Myetapp.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah untuk membuat akaun pengguna di dalam myetapp sebelum membuat  permohonan berkenaan pembahagian pusaka di dalam sistem.

 Lampiran Gambar Aktiviti