|
Tujuan :
Tujuan permohonan pendaftaran ini dilakukan adalah untuk menempatkan para pelajar yang akan bersekolah di peringkat Prasekolah pada sesi 2024 dan 2025, Permohonan pendaftaran ini dilakukan secara atas talian supaya lebih mudah dan menjimatkan masa.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu pengguna untuk membuat permohonan pendaftaran tersebut melalui sistem secara atas talian. Petugas PEDi memberi tunjuk ajar tentang cara untuk mengisi permohonan tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan mereka bentuk kad digital ini adalah untuk membantu pelajar supaya lebih kreatif dengan penghasilan kad secara digital. Di samping itu, melatih tahap kreativiti pelajar ke arah penggunaan aplikasi yang digital.
Aktiviti :
Petugas membantu pengguna untuk membuat kad dengan lebih kreatif dan cantik dengan menggunakan aplikasi canva. Petugas menerangkan secara terperinci tentang penggunaan aplikasi canva tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas asas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan langkah-langkah untuk membuat poster yang mudah, cepat dan cantik. Selain itu, perkongsian permohonan TUNS 2023 adalah untuk membantu para usahawan kecil agar dapat meringankan beban di dalam urusan perniagaan.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan tentang cara menaiktaraf aplikasi canva kepada pakej pro dengan hanya melaburkan nilai yang rendah. Para pelajar dapat menggunakan pelbagai jenis template yang disediakan secara percuma. Petugas juga membantu para pelajar dalam mereka bentuk poster yang mudah, cepat dan cantik. Selain itu, petugas juga memberi penerangan berkenaan permohonan TUNS 2023 kepada para usahawan supaya dapat membeantu para usahawan di dalam perniagaan.
|
Tujuan :
Tujuan permohonan ini adalah untuk memudahkan lagi urusan pengguna supaya tidak perlu berurusan di kaunter perkhidmatan Imigresen lagi. Ini juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan
Aktiviti :
Petugas membantu pengguna untuk membuat permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja di laman sesawang Imigresen. Petugas juga membantu tentang langkah-langkah untuk membuat permohonan melalui sistem tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna internet terutamanya pelajar-pelajar sekolah agar dapat mengelakkan diri supaya tidak terjebak daripada berkongsi maklumat palsu di media sosial.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas kepada para pelajar tentang perkongsian penyebaran maklumat palsu dan beberapa langkah untuk menangani penyebaran maklumat palsu.