Tarikh      :  04 Januari 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan daya kreativiti dan mengasah daya motor pemikiran para peserta supaya faham akan gambaran yang diberikan dan di lukiskan pada aplikasi 'Quick Draw' tersebut.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan tentang cara-cara untuk memulakan aplikasi 'Quick Draw' tersebut kepada para peserta. Para peserta mendapat arahan daripada aplikasi tersebut dan perlu memahami gambaran tersebut supaya dapat dilukis dengan tepat dan betul.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  03 Januari 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan tatabahasa di dalam subjek Bahasa Inggeris. Para peserta juga diajar asas penggunaan ayat di dalam tatabahasa supaya lebih betul dan mudah difahami.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan akta undang-undang jenayah siber kepada para peserta sebagai pengetahuan mereka. Petugas juga menerangkan berkenaan penggunaan 'preposition' di dalam penggunaan tatabahasa. Para peserta juga diuji dengan kuiz di 'wordwall' sebagai pemahaman mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  23 Disember 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kepada semua peserta yang sering menggunakan platform digital pembelian secara atas talian tentang risiko membeli-belah di dalam talian. Para peserta juga dapat mengenali jenis radas makmal dan fungsinya.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas PEDi berkenaan risiko membeli-belah dalam talian. Para peserta diberi pengetahuan tentang jenis-jenis radas yang terdapat di makmal sains. Setiap peserta juga diuji dengan latihan berkenaan tajuk pembelajaran tersebut melalui kuiz di 'wordwall'.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  02 Januari 2024 (Selasa)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta untuk membuat perancangan aktiviti mereka sepanjang cuti sekolah yang akan tiba. Di samping itu, melatih kreativiti para peserta dalam membuat kalender menggunakan aplikasi canva.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas PEDi tentang langkah-langkah untuk membuat kalendar 2024 dengan menggunakan aplikasi canva. Para peserta dibantu oleh petugas untuk membuat perancangan aktiviti di dalam kalendar.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  16 Disember 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran terhadap para peserta tentang risiko permainan dalam talian. Selain itu, melatih tahap kreativiti para peserta dalam mereka bentuk bangunan impian menggunakan aplikasi permainan di atas talian.

Aktiviti :

Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan ilmu oleh petugas PEDi tentang risiko-risiko yang terdapat pada permainan dalam talian. Seterusnya, para peserta di ajar mengenai pengenalan bidang kejuruteraan. Setelah itu, setiap para peserta diuji kemahiran dan kreativiti mereka dalam merekacipta bangunan impian yang mereka mahukan.

Lampiran Gambar Aktiviti