|
Tujuan :
Tujuan pembukaan akaun SSPN dan permohonan pinjaman PTPTN ini adalah untuk memudahkan urusan pelajar tersebut untuk membuat permohonan secara atas talian. Ini juga akan memudahkan urusan dan menjimatkan masa pelajar tersebut daripada berurusan di kaunter cawangan.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan panduan dan langkah-langkah untuk membuat permohonan SSPN dan PTPTN. Petugas PEDi membantu pelajar tersebut dengan membeli nombor pin secara atas talian sebelum membuat pendaftaran akaun. Petugas PEDi juga membantu pelajar tersebut membuat pendaftaran akaun SSPN dan permohonan pinjaman PTPTN dengan memasukkan butiran-butiran maklumat yang dikendaki oleh sistem tersebut.