Tarikh      :  07 Okt 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan kitar semula telefon pintar lama dan barangan elektronik yang telah rosak. Selain itu, memberi pengetahuan terhadap barangan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada para peserta tentang kesedaran kitar semula telefon pintar dan barangan elektronik lain serta kesan-kesannya terhadap alam sekitar jika tidak dapat dikawal permasalahan tersebut. Petugas PEDi juga memberi pengetahuan kepada para peserta tentang definisi konduktor dan penebat elektrik dan jenis-jenis bahan konduktor dan penebat.

Lampiran Gambar Aktiviti