|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri ketika berkomunikasi di hadapan orang ramai. Peserta juga dapat memahami dan meningkatkan kemahiran di dalam penguasaan perkataan Bahasa Inggeris melalui penggunaan penterjemahan di Google.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada para peserta langkah-langkah menggunakan aplikasi 'Google Translate'. Peserta juga diberi tugasan berkenaan latar belakang diri dalam Bahasa Inggeris dan membentangkan tugasan tersebut di hadapan peserta-peserta yang lain sebagai tujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan memberi keyakinan kepada para peserta.