Sehingga 29 April 2020, jam 5.00 petang, terdapat 72 KES positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 508 KES.

Kesemua kes ini merupakan KES IMPORT Kluster Pesantren yang melibatkan pelajar yang pulang dari Indonesia dan ditempatkan di Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan 81 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang