PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)

Sejak dari awal wabak COVID-19, KKM telah memaklumkan kepada umum mengenai jumlah kes harian, jumlah kes kumulatif dan juga kes aktif. Jika dilihat pada kes kumulatif (garisan hijau), sememangnya jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan didapati semakin perlahan. Ini memandangkan jumlah kes harian (garisan biru) juga adalah semakin berkurangan. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun (garisan kuning), sekaligus menunjukkan bahawa tindakan yang diambil setakat ini telah berhasil dalam melandaikan lengkung (flattened the curve).

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sebagai PKP 1, 2, 3, 4 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membantu memberi ruang bagi pihak Kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan tindakan Kesihatan Awam untuk membendung penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah pengawalan pintu keluar masuk antarabangsa, penyaringan dan persampelan individu yang berkenaan, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan juga pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang