Penyalahgunaan alkohol, seperti juga dadah, turut menimbulkan risiko buruk.

Bagi mereka yang bukan beragama Islam, jika memilih untuk meminum alkohol, mereka perlu mengambil berat tentang kuantitinya dan cuba menghindari minum minuman keras itu secara berlebihan.

Sindrom keterbergantungan kepada alkohol merupakan gangguan psikiatri, yang mana seseorang itu adalah ketagihan kepada alkohol.

Kajian yang dijalankan menunjukkan tidak ada had selamat apabila merujuk kepada minuman keras itu, malah jumlah alkohol yang diminum dikaitkan dengan banyak penyakit.

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkn pelbagai masalah kesihatan termasuk gastritis akut, sirosis hati sama ada dengan atau tanpa kanser hati, dan pankreatitis akut dan kronik.

Pengambilan alkohol berlebihan juga mengancam keselamatan nyawa orang lain.

#StaySafe  #KatakanTidakPadaMinumanAlkohol

Suhu yang kurang dari 35 tu bukan normal.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestimenang

MASYARAKAT HARUS WASPADA TERHADAP PENURUNAN KES TEMPATAN COVID-19
Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5,559,130 kes COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020. Daripada jumlah ini sebanyak 348,610 kes kematian telah dilaporkan setakat ini.

#StayHomeStaySafe #KitaMestiMenang

Siapa sangka, puding buih ini mampu menyebabkan lebih 70 orang individu terlantar akibat keracunan makanan.

Daripada siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daerah mendapati ianya mungkin berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.

Menurut mangsa, puding tersebut mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai tanda tanda telah tercemar. Tetapi kemudian, mengalami sakit perut yang amat sangat, muntah dan cirit.

Penjual makanan dalam talian diharap untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan.

Jangan aniaya pelanggan anda dengan meletakkan kandungan yang tidak bersih, telah tercemar dan telah tamat tempoh.

#JagaPemakanan  #StaySafe

Jika perlu untuk berjumpa doktor gigi, amalkan norma-norma baharu termasuklah pemakaian pelitup separuh muka.

Anda juga perlu melaporkan sejarah perjalanan anda jika ada. Kita perlu bekerjsama supaya kita dapat membendung wabak jangkitan COVID9 ini.

#StayHomeStaySafe  #KitaMestiMenang