KLUSTER PENGAWAL KESELAMATAN CHERAS

Satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur telah dikesan.

10 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras.

Berhati hati semua, covid masih ada diluar sana.

#StayHomeStaySafe  #BreakTheChain