Tarikh      :  28 Januari 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri dalam lingkungan umur 11 tahun sehingga 15 tahun. Tujuan kelas  ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesan dan akibat jika terlibat di dalam buli siber di internet. Selain itu juga, kelas ini membantu para pelajar supaya mengelakkan diri daripada terjebak daripada gejala-gejala tersebut.

Aktiviti :

Petugas memberi taklimat berkenaan penyalahgunaan internet dan modul buli siber kepada para pelajar. Selain itu, petugas memberi penerangan kepada para pelajar tentang kesan dan akibat jika terlibat dengan buli siber. Di samping itu, para pelajar dapat mengetahui langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber.

Lampiran Gambar Aktiviti :