Tarikh      :  28 Januari 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI1M Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri dalam lingkungan umur 11 tahun sehingga 15 tahun. Tujuan kelas kemahiran ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik berkomunikasi di khalayak orang ramai dan memberi keyakinan diri kepada pelajar tersebut dalam setiap penyampaian maklumat.

 

Aktiviti :

Para pelajar diberikan satu tajuk oleh petugas PI1M dan para pelajar perlu membentangkan tajuk tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Kelas komunikasi ini mengajar para pelajar mengenai teknik-teknik komunikasi yang betul dan berkesan serta memberi keyakinan kepada para pelajar semasa pembentangan dan penyampaian maklumat kepada orang ramai.

Lampiran Gambar Aktiviti :