|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran kepada para pelajar berkenaan teknik mencari maklumat dengan lebih tepat dan pantas. Ini akan membantu para pelajar dalam mencari sumber maklumat yang mereka inginkan.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan oleh petugas PI1M tentang kaedah untuk mencari maklumat dengan lebih tepat dan pantas. Para pelajar juga diajar cara untuk memuat turun gambar dengan cara yang betul. Para pelajar juga diberikan soalan kuiz untuk melihat sejauh mana kecekapan mereka dalam mencari jawapan dengan menggunakan kaedah pencarian maklumat.