Tarikh      : 15 November 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   11 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris terhadap para pelajar. Selain itu, dapat membantu par pelajar dari aspek menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang laman sesawang yang boleh membantu para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Para pelajar juga diberi latihan secara 'online' untuk menjawab soalan objektif. Selain itu, para pelajar juga diajar dalam ujian mendengar.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 8 November 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   2 Orang 


Tujuan :

Semakan keputusan tahun 1 bagi sesi 2020 ini adalah bertujuan untuk memudahkan para ibu bapa untuk membuat semakan keputusan sama ada anak-anak mereka layak mendapat tawaran di sekolah-sekolah yang telah dipohon.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa tentang cara-cara untuk membuat semakan keputusan di laman web yang berkenaan. Seterusnya, ibu bapa perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan sebelum membuat semakan keputusan. Setelah keputusan disemak, proses cetakan surat permohonan dicetak.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 11 Oktober 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   7 Orang 


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar tentang jenis warna dan teknik mewarna yang betul.

Aktiviti :

Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu oleh petugas Pusat Internet tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Para pelajar membuat aktiviti melukis dan mewarna poster dengan secara 'online'.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 7 November 2019 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   3 Orang 


Tujuan :

Tujuan peperiksaan SPA ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para calon peperiksaan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan sesuai dengan mengikut permohonan tawaran yang dimohon. 

Aktiviti :

Calon peperiksaan harus memasuki sistem peperiksaan SPA satu jam lebih awal dengan mengikuti kata laluan yang telah diberikan melalui emel. Terdapat dua bahagian di dalam peperiksaan tersebut iaitu bahagian penyelesaian masalah dan bahasa inggeris. Setiap bahagian hanya diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab setiap bahagian.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 9 Oktober 2019 (Rabu)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   3 Orang 


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu para usahawan untuk meningkatkan hasi jualan produk mereka dan menjana pendapatan yang lumayan.

Aktiviti :

Peserta diajar oleh petugas Pusat Internet tentang modul dashboard komuniti 'My Shop' sebagai platform promosi produk mereka. Selain itu juga para peserta diajar untuk membuat rekaan poster produk dengan menggunakan perisian 'postermywall'.

Lampiran Gambar Aktiviti