|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta kursus tentang langkah-langkah dan etika dalam pengendalian makanan bagi semua peniaga makanan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberikan penerangan berkenaan keselamatan pengguna semasa menggunakan internet di tempat awam kepada para peserta kursus. Selepas itu, slot peserta bersama penceramah jemputan kursus memberikan penerangan dan etika dalam kerja-kerja mengendalian makanan. Penceramah juga memberikan kesan buruk dan hukuman denda yang akan dikenakan kepada para peniaga yang tidak mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tumpuan kepada para pelajar PT3 pada tahun ini dan melakukan latih tubi dengan mengikut format-format peperiksaan terkini.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan berkenaan format peperiksaan terkini bagi mata pelajaran matematik. Para pelajar menjawab latihan yang diberi oleh petugas agar pelajar lebih fokus dalam mata pelajaran tersebut.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi bimbingan kepada para peserta tentang penggunaan perisian 'adobe photoshop' dan melatih para peserta secara asas tentang fungsi 'tools' yang terdapat di dalam perisian tersebut.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan berkenaan pengenalan perisian 'adobe photoshop'. Petugas menerangkan 'tools' yang terdapat pada perisian tersebut secara berperingkat. Para peserta juga diberi latihan praktikal sebagai langkah membiasakan diri para peserta.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tumpuan kepada para pelajar PT3 pada tahun ini dengan melakukan ulangkaji secara interaktif melalui soalan-soalan di internet.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan berkenaan tips dan soalan-soalan yang berkaitan dengan peperiksaan PT3. Petugas juga memberikan latihan kepada para pelajar sebagai penambahan dan peningkatan kemahiran para pelajar.
|
Tujuan :
Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam penggunaan 'Adobe Photoshop' secara asas. Di samping itu, dapat memberi kemahiran dan pengetahuan kepada para peserta dalam asas 'Adobe Photoshop'.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberikan penerangan mengenai skop-skop kerja yang terdapat di Pusat Internet kepada peserta-peserta bengkel. Para peserta bengkel juga diberi penerangan dan kemahiran secara asas dalam penggunaan 'Adobe Photoshop'. Para Peserta bengkel diberikan tugasan untuk membuat poster ringkas produk berdasarkan hasil gambaran produk yang telah diambil melalui studio mini kotak yang telah direka oleh peserta.