Tarikh      : 20 Ogos 2019 (Selasa)

Masa       :  Jam 11.30 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   1 Orang (Puan Azizah Bt. Ujang)


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan dalam perkongsian maklumat berkenaan pekerjaan yang sedang dijalankan di media sosial. Selain itu, dapat meningkatkan lagi bilangan pengikut (followers) di media sosial.

Aktiviti :

Peserta dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan mengajar langkah-langkah untuk membuat perkongsian info di  media sosial seperti 'facebook', 'instagram' dan 'whatsapp'. Selain itu, peserta di ajar berkenaan cara untuk membuat penambahan bilangan 'followers' di media sosial untuk meningkatkan lagi bilangan supaya dapat mengetahui info yang akan dikongsi serta mengetahui segala aktiviti yang dilaksanakan.

Lampiran Gambar Aktiviti