|
Tujuan :
Peperiksaan ini dijalankan adalah sebagai syarat kepada calon-calon untuk melepasi ke peringkat seterusnya iaitu peringkat temuduga. Hanya beberapa calon yang lulus sahaja akan di panggil untuk ditemuduga.
Aktiviti :
Pengguna memasukkan akaun pengguna yang telah didaftarkan ke dalam komputer dan membuka laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pengguna memasukkan id pengguna dan kod peperiksaan. Para calon menjawab soalan peperiksaan tersebut berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran para guru-guru kafa dalam penggunaan 'Microsoft Office' secara asas.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para guru berkenaan fungsi utama Pusat Internet kepada komuniti. Seterusnya, para guru diajar secara asas berkenaan asas 'Microsoft Office' dengan mengikut modul antaranya 'Microsoft Office Word', 'Microsoft Office Powerpoint', dan 'Microsoft Office Excel'. Terdapat juga modul tambahan kepada guru-guru iaitu mempelajari kaedah edit poster melalui 'postermywall'.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan dunia teknologi maklumat terutamanya pengetahuan asas.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberikan beberapa soalan kepada para pelajar berkenaan asas penggunaan komputer dari aspek teknologi maklumat. Para pelajar menggunakan internet untuk mencari maklumat sebagai panduan dan rujukan mereka menjawab soalan.
|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk menjadikan para pelajar menjadi lebih kreatif dan berseni dalam penghasilan poster atau kalendar yang direka dan dihasilkan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para pelajar berkenaan dengan 'postermywall'. Para pelajar diberikan tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=280#sigFreeId44b6a1ed85