|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang langkah-langkah untuk membuat semakan pemeriksaan ke atas komputer yang digunakan. Tujuan semakan ini dilakukan adalah untuk memastikan semua perkakasan di Pusat Internet berfungsi dengan baik.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan mengenai tugasan yang akan mereka lakukan di dalam kelas. Pelajar diberikan satu senarai semak berkenaan perkakasan-perkakasan yang ada di Pusat Internet sebagai panduan mereka untuk membuat semakan sama ada perkakasan tersebut berfungsi atau tidak.