Tarikh      :  8 Januari 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 Orang


Tujuan :

Pengguna merekabentuk kad bisnes untuk diberikan kepada komuniti setempat sebagai langkah untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan olehnya.

Aktiviti :

Pengguna menggunakan komputer dan merekabentuk kad bisnes melalui aplikasi 'postermywall' serta dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan memberi tunjuk ajar dan idea dalam penggunaan aplikasi tersebut. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  10 Disember 2020 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 5.00 Petang

Lokasi     :  Di Rumah Peserta

Peserta   :  6 Orang


Tujuan :

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta di dalam mengcungkil bakat video. Selain itu, adalah bertujuan untuk melihat tahap kreativiti para peserta di dalam membuat video ucapan kepada barisan hadapan. 

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet berkenaan cara untuk membuat video ucapan tersebut dengan menerangkan beberapa syarat dan penggunaan jenis aplikasi yang boleh digunakan.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  02 Disember 2020 (Rabu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 1.00 Tengah hari

Lokasi     :  Di Rumah Peserta

Peserta   :  39 Orang


Tujuan :

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam mewarna poster. Di samping itu, menguji teknik dan kreativiti mewarna para peserta yang terlibat.

Aktiviti :

Para peserta mewarna poster yang bertemakan 'Terima Kasih Barisan Hadapan' di rumah masing-masing sebagai prosedur keselamatan dan pematuhan SOP yang ditetapkan. Seramai 39 orang peserta yang menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada sekolah Taska, Tadika dan Sekolah Rendah yang berhampiran dengan Pusat Internet. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  05 Disember 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengah hari

Lokasi     :  Di Rumah Peserta

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat kepada komuniti berkenaan penyebaran berita palsu. Para pelajar juga diberi pendedahan dan pengetahuan dalam menangani masalah penyebaran berita palsu daripada tular.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet berkenaan tajuk 'Berita Palsu'. Petugas juga berkongsi tentang beberapa langkah untuk menangani daripada berlakunya penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat masa kini.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  01 Disember 2020 (Selasa)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  Bekerja Dari Rumah (BDR)

Peserta   :  1 Orang


Tujuan :

Tujuan latihan ini dijalanakan adalah untuk menguruskan pindaan perlembagaan yang baru bagi Persatuan Penduduk Taman Mulia Legenda, Mantin bagi tahun akan datang iaitu 2021.

Aktiviti :

Pengguna membuat semakan dan menaip laporan semula pindaan perlembagaan  Persatuan Penduduk Taman Mulia Legenda, Mantin kepada laporan pipndaan perlembagaan yang telah diperbaharui.

 
Lampiran Gambar Aktiviti