|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada semua petugas Pusat Internet tentang tahap prestasi perkhidmatan internet di kawasan berdekatan Pusat Internet yang digunakan oleh para pengguna-pengguna di kawasan tersebut.
Aktiviti :
Pihak SKMM memberikan taklimat ringkas kepada para petugas Pusat Internet tentang tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para petugas Pusat Internet. Seterusnya para petugas Pusat Internet perlu mencari pengguna-pengguna perkhidmatan jalur lebar sama ada di rumah atau di telefon untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan oleh pihak SKMM.