Tarikh      :  13 Julai 2020 (Isnin)

Masa       :  Jam 4.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Ruang Siber PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan membangunkan aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada para pelanggan yang hadir ke premis sebagai inisiatif langkah berjaga-jaga dan keselamatan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat gejala covid-19.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada pengguna tentang pengenalan aplikasi MySejahtera dan fungsi utamanya. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang langkah-langkah untuk membangunkan kod QR bagi aplikasi MySejahtera secara atas talian.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  22 Jun 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan  PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 orang


Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini adalah untuk membantu para pelajar menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh guru sekolah di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan.

Aktiviti :

Para pelajar di ajar dengan mengikut tajuk bab mata pelajaran mereka sendiri. Pelajar juga diberi lembaran tugasan sebagai latih tubi untuk mereka.  

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      : 28 Februari 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   9 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar terhadap dunia komputer dan teknologi pada masa kini. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenali jenis-jenis perkakasan yang ada pada bahagian komputer.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan awal kepada para pelajar berkenaan peranan dan fungsi utama kepada Pusat Internet kepada komuniti setempat. Para pelajar juga diajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan komponen-komponen yang ada pada komputer. Selain itu, para pelajar juga diberi latihan asas menggunakan papan kekunci komputer dengan melalui pembelajaran secara interaktif.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  20 Jun 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Ruang Siber  PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  En. Azlizan


Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini dilakukan adalah untuk memuat turun aplikasi mysejahtera dan mempelajari teknik membangunkan dan penggunaan aplikasi tersebut. 

Aktiviti :

Pengguna dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk mempelajari langkah-langkah untuk membangunkan kod QR mysejahtera bagi kegunaan jemaah masjid. Pengguna juga diajar tentang cara untuk menggunakan aplikasi mysjahtera tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      : 21 Februari 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   9 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan pengetahuan kepada para pelajar dalam mengenali asas komputer seperti komponen-komponen komputer. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dengan dunia teknologi maklumat.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para pelajar mengenai fungsi utama Pusat Internet kepada semua golongan komuniti. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada para pelajar berkenaan asas komputer seperti mengenalkan kepada mereka beberapa komponen komputer yang ada di komputer. Seterusnya, para pelajar dilatih untuk menggunakan papan kekunci dengan berkonsepkan pembelajaran secara interaktif.

Lampiran Gambar Aktiviti