|
Tujuan :
Tujuan permohonan jawatan kosong ini adalah untuk memohon jawatan kosong yang dibuka kepada orang ramai di dalam organisasi tersebut.
Aktiviti :
Pengguna membuka laman web berkenaan jawatan kosong tersebut dan mengisi maklumat pemohon seperti yang diminta oleh organisasi.
|
Tujuan :
Tujuan kemaskini maklumat banci ini adalah untuk memudahkan pihak pengurusan untuk mengurus data-data terkini daripada seluruh penduduk di Malaysia.
Aktiviti :
Pengguna perlu membuka laman sesawang 'E-Cencus' secara atas talian ('online'). Pengguna juga telah menerima surat yang mengandungi satu pautan untuk membuat pengemaskinian maklumat banci.
|
Tujuan :
Tujuan latihan ICT ini dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam penggunaan perisian dan perkakasan komputer secara asas sahaja.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas mengenai pembelajaran asas perisian 'Microsoft Excel' kepada pelajar dan memberikan sedikit latihan kemasukan data sebagai menguji pemahaman pelajar.
|
Tujuan :
Tujuan latihan ICT ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keselamatan dan risiko dalam permainan secara atas talian.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas melalui paparan video dan para pelajar mendengar penyampaian video tersebut. Para pelajar juga diberikan beberapa soalan yang telah diberikan oleh petugas Pusat Internet untuk dijawab berdasarkan pemahaman video tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan latihan advokasi ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang kesedaran terhadap penggunaan internet terutamanya di media sosial.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan mengenai modul berita palsu. Petugas juga memberi tunjuk ajar mengenai cara membuat tetapan keselamatan di media sosial.