Tarikh      :  14 Februari 2021 (Ahad)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 Orang


Tujuan :

pelajar mengikuti seminar online SPM yang dianjurkan oleh MSD dan kerjasama Pusat Internet untuk memberi ruang pembelajaran kepada para pelajar-pelajar SPM sesi 2020 dan mempelajari teknik menjawab soalan peperiksaan yang akan diduduki oleh calon SPM 2020 pada hujung Februari ini.

Aktiviti :

Petugas menyediakan kemudahan tempat kepada pelajar untuk mengikuti seminar online SPM. Petugas membantu 'log in' aplikasi zoom dan menerangkan secara ringkas berkenaan fungsi aplikasi pembelajaran yang digunakan. Pelajar mendengar penyampaian daripada penceramah dan membuat beberapa latihan yang diberikan oleh penceramah.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  01 Februari 2021 (Isnin)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 Orang


Tujuan :

Para pelajar yang mengikuti PdPR juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pembelajaran secara norma baharu. Para pelajar juga membuat latihan dan menghantar tugasan secara 'online'.

Aktiviti :

Petugas juga membantu para pelajar dalam penggunaan aplikasi 'google meet' dan aplikasi Telegram semasa proses PdPR. Petugas juga menerangkan secara ringkas mengenai penggunaan apikasi yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  22 Januari 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 Orang


Tujuan :

Pengguna mengemaskini sistem Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 melalui pautan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengisi segala maklumat yang diminta seperti di lampiran borang 'online'.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada pengguna berkenaan permohonan BPR 2021 dan membantu pemohon untuk mengisi maklumat tersebut. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  23 Januari 2021 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 4.30 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 Orang


Tujuan :

Pengguna mengemaskini sistem iSinar bagi permohonan kategori 2 melalui pautan yang disediakan oleh pihak KWSP dan mengisi segala maklumat dan dokumen yang diminta seperti di lampiran borang 'online'. Para pelajar yang mengikuti PdPR juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pembelajaran secara norma baharu.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada pengguna berkenaan permohonan KWSP bagi kategori 2 dan membantu pemohon untuk mengisi maklumat dan memuatnaik dokumen yang diperlukan oleh sistem tersebut. Petugas juga membantu para pelajar dalam penggunaan aplikasi 'google meet' semasa PdPR. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  21 Januari 2021 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 Orang


Tujuan :

Pengguna meminjam netbook yang telah disediakan oleh pihak Pusat Internet sebagai kemudahan kepada komuniti untuk melaksanakan tugasan di rumah dan ini juga membantu para pelajar dalam kelas online di rumah. 

Aktiviti :

Pengguna menguar-uarkan iklan pinjaman netbook kepada komuniti dan menggalakkan para pelajar yang menghadapi masalah internet, boleh hadir ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet.

 Lampiran Gambar Aktiviti