|
Tujuan :
Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran para guru-guru kafa dalam penggunaan 'Microsoft Office' secara asas.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para guru berkenaan fungsi utama Pusat Internet kepada komuniti. Seterusnya, para guru diajar secara asas berkenaan asas 'Microsoft Office' dengan mengikut modul antaranya 'Microsoft Office Word', 'Microsoft Office Powerpoint', dan 'Microsoft Office Excel'. Terdapat juga modul tambahan kepada guru-guru iaitu mempelajari kaedah edit poster melalui 'postermywall'.