Tarikh      : 28 Februari 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   9 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar terhadap dunia komputer dan teknologi pada masa kini. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenali jenis-jenis perkakasan yang ada pada bahagian komputer.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan awal kepada para pelajar berkenaan peranan dan fungsi utama kepada Pusat Internet kepada komuniti setempat. Para pelajar juga diajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan komponen-komponen yang ada pada komputer. Selain itu, para pelajar juga diberi latihan asas menggunakan papan kekunci komputer dengan melalui pembelajaran secara interaktif.

Lampiran Gambar Aktiviti