Tarikh      :  11 Januari 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 11.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan

Tujuan :

Tujuan pendaftaran syarikat ini adalah untuk memudahkan urusan peserta untuk memulakan perniagaan dan sebagai pengesahan syarikat yang telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada peserta berkenaan pendaftaran SSM. Petugas PEDi membantu membuat pendaftaran syarikat peserta melalui portal SSM EzBiz dan membantu memuat turun sijil perniagaan melalui SSM. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  10 Januari 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 09.30 Pagi- 10.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Warga Emas

Tujuan :

Tujuan permohonan ini dimohon adalah untuk membantu dan meringankan beban bagi golongan warga emas. Ini juga merupakan inisiatif daripada bantuan kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2024.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta tersebut dengan melayari laman sesawang berkenaan permohonan bantuan tersebut dan membantu mengisi borang permohonan tersebut melalui permohonan atas talian. Petugas juga membantu peserta dengan mengemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Januari 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 10.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Tujuan membuat pendaftaran perbankan internet adalah untuk memudahkan peserta membuat sebarang semakan dan transaksi akaun bank. Selain itu, peserta juga mudah untuk membuat sebarang transaksi bayaran secara atas talian dan ini juga dapat menjimatkan masa peserta untuk berurusan di kaunter bank.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar tentang langkah-langkah untuk membuat pendaftaran perbankan internet. Petugas juga memberi penerangan ringkas berkenaan kelebihan jika membuat perbankan internet.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Januari 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan para peserta tentang magnet. Selain itu, para peserta dapat memahami pembelajaran tersebut melalui eksperimen yang dijalankan melalui tayangan video.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi taklimat ringkas berkenaan kesedaran terhadap maklumat palsu melalui portal sebenarny.my. Petugas juga mengajar para peserta tentang pengenalan magnet. Para peserta diuji tahap pemahaman mereka melalui beberapa kuiz seperti aplikasi 'wordwall' dan 'quizizz'.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  06 Januari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 10.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk memudahkan urusan usahawan menjalankan perniagaan dengan membantu usahawan mendapatkan lesen perniagaan syarikat.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu usahawan tersebut dengan memberi penerangan ringkas dan langkah-langkah untuk mendaftar sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memuat turun sijil perniagaan SSM.

Lampiran Gambar Aktiviti