|
Tujuan :
Kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi makluman dan pengetahuan kepada para pelajar berkenaan isu-isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia pada masa kini seperti isu jerebu.
Aktiviti :
Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet berkenaan jenis-jenis pencemaran yang ada di dunia. Para pelajar mencari maklumat tentang isu-isu yang diberi melalui internet seperti melihat kadar bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di internet.