|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan menentusahkan pengesahan berita palsu di internet melalui portal Sebenarnya.my dan mengenali dengan lebih dekat tentang kitar semula.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan portal Sebenarnya.my dan langkah-langkah untuk menggunakan portal tersebut. Selain itu, para pelajar mempelajari berkenaan kitar semula serta jenis bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Para pelajar juga diuji pemahaman dan ketangkasan dalam permainan online.