|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran mengira dengan menggunakan operasi yang diberi.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan tentang cara untuk membuat pengiraan menggunakan operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Peserta juga diuji dengan bermain permainan atas talian operasi matematik sebagai latihan dan pemahaman para peserta.
|
Tujuan :
Tujuan pendaftaran ini dibuat adalah untuk mengumpul data isi rumah sebagai rujukan kepada pihak kerajaan bagi memudahkan urusan permohonan bantuan dan lain-lain.
Aktiviti :
Petugas PEDi bersama pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan membantu para pengunjung yang hadir untuk membuat pendaftaran dan mengemaskini sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada para usahawan tentang asas shopee.
Aktiviti :
Petugas PEDi dan Rakan Digital PEDi memberi penerangan ringkas kepada para usahawan tentang langkah-langkah membuat pendaftaran akaun shopee dan cara-cara untuk memuat naik gambar produk di platform shopee.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada para peserta tentang sistem deria yang ada pada manusia serta fungsi deria.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan berkenaan jenis-jenis deria yang terdapat pada manusia serta peranan deria. Selain itu, para peserta diuji pemahaman berkenaan pembelajaran tersebut dengan bermain permainan kuiz di 'wordwall' dan 'quizizz'.
|
Tujuan :
Tujuan kemaskini ini dilakukan adalah untuk memaklumkan segala perubahan maklumat yang perlu diubah ke dalam sistem sebagai makluman dan simpanan bagi pihak berkenaan.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta dengan memberikan pautan SPA dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengisi butiran maklumat yang dikehendaki oleh sistem tersebut.