|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap langkah-langkah pencegahan denggi dan meningkatkan kemahiran para peserta di dalam pengiraan waktu dan masa.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas melalui makluman infografik tentang langkah-langkah pencegahan denggi. Para peserta juga diajar tentang waktu dan masa supaya dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam waktu dan masa. Para peserta juga diuji melalui permainan kuiz atas talian untuk menguji tahap pemahaman para peserta sepanjang kelas berlangsung.