|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran terhadap para peserta tentang risiko permainan dalam talian. Selain itu, melatih tahap kreativiti para peserta dalam mereka bentuk bangunan impian menggunakan aplikasi permainan di atas talian.
Aktiviti :
Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan ilmu oleh petugas PEDi tentang risiko-risiko yang terdapat pada permainan dalam talian. Seterusnya, para peserta di ajar mengenai pengenalan bidang kejuruteraan. Setelah itu, setiap para peserta diuji kemahiran dan kreativiti mereka dalam merekacipta bangunan impian yang mereka mahukan.