Tarikh      :  24 Februari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan permainan sudoku ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan kepantasan dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas tentang langkah-langkah untuk memulakan permainan sudoku ini supaya para peserta lebih faham tentang kaedah permainan tersebut. Para peserta bermain permainan sudoku tersebut melalui aplikasi permainan secara atas talian.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  17 Februari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan, Belia & Dewasa


Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan yang dijalankan oleh PEDi serta membantu usahawan untuk meluaskan dan mempertingkatkan teknik pemasaran dan kemahiran perniagaan mereka supaya lebih maju.

Aktiviti :

Petugas memberi taklimat ringkas berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, para peserta di ajar teknik pemasaran dan menghasilkan reka bentuk grafik menggunakan kaedah Kecerdasan Buatan (AI) sebagai kemahiran dan teknik pemasaran yang baru.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Februari 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Belia & Dewasa


Tujuan :

Tujuan pendaftaran dan kemaskini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan urusan pengumpulan data dan subsidi secara bersasar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Aktiviti :

Petugas  memberi penerangan ringkas berkenaan sistem PADU ini kepada peserta dan petugas membantu peserta membuat pendaftaran dan mengemaskini data PADU.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  13 Februari 2024 (Selasa)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dimohon adalah untuk memohon bantuan persekolahan supaya dapat meringankan bebanan belanjawan ibu dan bapa.

Aktiviti :

Petugas membantu peserta yang memohon bantuan dengan memberi penerangan ringkas tentang permohonan bantuan persekolahan tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  04 Februari 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan berkenaan jenis-jenis enjin pencarian yang terdapat pada medium internet untuk memudahkan pencarian maklumat.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan berkenaan jenis-jenis enjin pencarian yang sering digunakan untuk mencari maklumat di internet. Selain itu, peserta-peserta juga di ajar cara untuk membina jadual di Microsoft Word.

Lampiran Gambar Aktiviti