|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk memberi pengetahuan ilmu berkenaan infografik bulan Ramadhan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan aplikasi canva supaya mahir dan kreatif.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas kepada para peserta berkenaan langkah-langkah untuk membuat infografik yang bertemakan Ramadhan. Petugas juga memberi tugasan kepada para peserta untuk membuat satu poster infografik bertemakan Ramadhan dengan menggunakan aplikasi canva.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk memberi pengetahuan dan gambaran kepada para peserta tentang bulan Ramadhan dan ibadah puasa.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas kepada para peserta berkenaan bulan ramadhan dan kelebih-kelebihan menjalani ibadah puasa. Para Peserta juga diberi latihan melalui kuiz 'wordwall' dan 'quizizz' sebagai pemahaman mereka.
|
Tujuan :
Tujuan pendaftaran ini dilakukan adalah untuk memudahkan pengumpulan data PADU secara bersasar bagi pihak kerajaan untuk mengumpul data rakyat Malaysia.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas kepada peserta tentang tujuan utama pendaftaran ini dibuat. Petugas juga membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar untuk mengisi pendaftaran tersebut dengan mengisi maklumat yang diperukan seperti di dalam permohonan.
|
Tujuan :
Tujuan kelas keusahawanan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada para usahawan tentang membuat video melalui aplikasi 'capcut'.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan kepada para usahawan tentang langkah-langkah yang mudah dan cepat untuk membuat suntingan video bagi menghasilkan satu video yang terbaik dan berkualiti. Petugas juga memberi beberapa kaedah untuk menghasilkan idea video yang kemas dan terbaik kepada para usahawan.
|
Tujuan :
Tujuan membuat resume ini adalah untuk memohon dan pencarian pekerjaan bagi mana-mana jawatan kerja kosong yang ditawarkan oleh mana-mana agensi kerajaan atau swasta.
Aktiviti :
Petugas membantu peserta untuk membuat resume dengan memberi beberapa panduan di internet supaya peserta memahami untuk membuat resume tersebut.