|
Tujuan :
Untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara membuat poster Kawasan pelancongan dengan menggunakan aplikasi yang terdapat dalam canva.
Aktiviti :
Peserta diberikan taklimat penerangan dan cara-cara penggunaan dan tools dalam aplikasi canva. Aktiviti ini juga memberi perdedahan kepada peserta menggunakan kreativiti tersendiri dalam membuat variasi tulisan dan bentuk dalam membuat poster yang menarik.
|
Tujuan :
Melatih peserta dalam menghasilkan pelekat produk secara sendiri supaya kelihatan cantik dan menarik. Di Samping itu, meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi canva.
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan tentang penggunaan aplikasi canva. Peserta menggunakan pelbagai elemen yang boleh digunakan semasa penghasilan pelekat animasi tersebut. Peserta menggunakan template yang telah disediakan oleh canva bagi penghasilan pelekat animasi.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran dan ketangkasan daya pemikiran para peserta dalam menyelesaikan soalan silang kata yang diberi berdasarkan petunjuk yang diberikan.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah untuk menjawab soalan silang kata tersebut supaya para peserta mudah faham sebelum memulakan permainan tersebut. Para peserta juga perlu memahami klu-klu yang diberikan oleh sebelum menjawab soalan silang kata tersebut.
|
Tujuan :
Mengajar serta memberi penerangan tentang strategik soalan-soalan yang diberikan kepada para peserta dengan mengikut kategori pilihan soalan. Para peserta juga perlu bijak membuat pilihan abjad berdasarkan soalan yang dijawab.
Aktiviti :
Petugas menerangkan tentang kaedah permainan roda impian tersebut kepada para peserta. Petugas membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan supaya permainan ini lebih menarik dan bersaing antara satu sama lain. Para peserta perlu berbincang antara kumpulan untuk mengatur strategik pemilihan huruf yang perlu dipilih semasa menjawab soalan tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran para peserta di dalam penggunaan komputer dan aplikasi 'canva' serta melatih para peserta supaya lebih kreatif dalam menghasilkan poster hari raya.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan aplikasi 'canva' dan langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi tersebut. Para peserta juga diberi tugasan untuk membuat poster hari raya mengikut kreativiti para peserta.