Tarikh      :  02 Mei 2021 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.30 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Tahun 6


Tujuan :

Tuisyen ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar tahun 6 dalam pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Aktiviti :

Para pelajar mengikuti kelas tuisyen online tersebut melalui bimbingan tenaga pengajar yang telah tersedia oleh pihak penganjur. Para pelajar mendengar dan membuat latihan modul pengukuhan yang telah disediakan oleh guru tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  18, 24 & 25 April 2021 (Sabtu & Ahad)

Masa       :  Jam 3.30 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Tahun 6


Tujuan :

Tuisyen ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar tahun 6 dalam pembelajaran dan meningkatkan kemahiran dalam teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Aktiviti :

Para pelajar mengikuti kelas tuisyen online tersebut melalui bimbingan tenaga pengajar yang telah tersedia oleh pihak penganjur. Para pelajar mendengar dan membuat latihan pengukuhan yang disediakan oleh guru tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  07 April 2021 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Lepasan SPM


Tujuan :

Pelajar-pelajar lepasan SPM membuat permohonan UPU untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di IPTA dan IPTS.

Aktiviti :

Para pelajar membuat pendaftaran UPU secara atas talian dan petugas Pusat Internet memberi bantuan dengan tunjuk ajar kepada para pelajar untuk mengisi maklumat yang diperlukan.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  16 April 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Pelajar Tabika APC Pajam


Tujuan :

Pelajar-pelajar boleh mengenal perkakasan-perkakasan komputer dengan lebih dekat lagi. Di samping itu juga pelajar-pelajar boleh mengetahui fungsi perkakasa-perkakasan tersebut.

Aktiviti :

Para pelajar mendengar dan menyebut nama-nama komponen yang ada pada komputer. Para pelajar juga dapat mengetahui akan fungsi perkakasan tersebut melalui tunjuk ajar daripada petugas-petugas Pusat Internet.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  01 April 2021 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan


Tujuan :

Usahawan membuat pendaftaran SSM sebagai permit atau lesen yang diperlukan untuk memulakan sebarang perniagaan secara rasmi.

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara-cara membuat pendaftaran SSM secara atas talian. Petugas membantu usahawan dalam melengkapkan maklumat yang diperlukan semasa proses pendaftaran SSM.

 Lampiran Gambar Aktiviti