|
Tujuan :
Kelas asas shopee ini adalah bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran para usahawan yang berniaga secara atas talian terutamanya di platform shopee dan bagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan di shopee.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet Komuniti membuat hebahan melalui pengiklanan di beberapa media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp kepada komuniti setempat untuk menyertai kelas asas shopee tersebut. Petugas juga membantu peserta yang berminat untuk mendaftar sebagai peserta kelas tersebut.
|
Tujuan :
Taklimat ini dilakukan adalah untuk memberi maklumat dan syarat-syarat kepada peserta-peserta Pertandingan Usahawan Digital 2021 yang akan bertanding bermula 1 Ogos 2021 sehingga 30 November 2021.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet Komuniti mengadakan taklimat tersebut secara atas talian kerana memudahkan peserta-peserta pertandingan menghadirinya dikala pandemik covid19 ini masih berlaku. Petugas memberi beberapa informasi pertandingan kepada peserta usahawan berdasarkan 'slide' yang dibentangkan.
|
Tujuan :
Permohonan pekerjaan ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pihak berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tahun ini.
Aktiviti :
Pemohon sedang mengisi permohonan jawatan SPP tersebut melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan melengkapkan segala maklumat yang diminta seperti maklumat diri, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja.
|
Tujuan :
Perkongsian ilmu Klik Dengan Bijak (KDB) dan ICT ini adalah untuk membantu untuk membantu komuniti supaya peka akan keselamatan di dalam penggunaan internet dan dapat meningkatkan kemahiran ICT.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet Komuniti berkongsi maklumat KDB dan ICT di platform media sosial seperti 'whatsapp' dan 'facebook' sebagai hebahan maklumat kepada komuniti.
|
Tujuan :
Perkongsian ilmu Klik Dengan Bijak (KDB) ini dikongsikan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang tips-tips keselamatan dalam penggunaan internet terutamanya dalam kalangan remaja dan sebagai langkah untuk membendung penyebaran maklumat palsu.
Aktiviti :
Petugas berkongsi beberapa informasi berkaitan keselamatan internet dan perkongsian berita palsu bagi persediaan pencegahan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.