|
Tujuan :
Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan tips dan keselamatan dalam penggunaan komputer dan internet terutamanya di media sosial.
Aktiviti :
Petugas menghantar perkongsian ilmu di platform media sosial seperti di 'whatsapp' dan 'facebook' kepada para pelajar untuk dijadikan panduan dan rujukan.
|
Tujuan :
Tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengguna dalam menggunakan aplikasi di telefon pintar seperti paparan dan ciri-ciri kemudahan yang disediakan dalam aplikasi.
Aktiviti :
Petugas memberikan 'link' kepada pengguna untuk menjawab soal selidik tersebut berkenaan tahap kepuasan pengguna terhadap aplikasi di telefon pintar.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran para usahawan di dalam perniagaan terutamanya di dalam perniagaan atas talian (online) seperti shopee dan sebagainya.
Aktiviti :
Petugas menyediakan 'link' kelas secara atas talian sebagai persediaan para usahawan menyertai kelas tersebut. Kelas tersebut telah diajar oleh seorang tenaga pengajar jemputan dari kawasan berhampiran dengan Pusat Internet Komuniti. Antara tajuk pembelajaran yang diajar adalah tenaga pengajar tersebut adalah berkenaan cara pengiklanan produk di dalam shopee.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mempelbagaikan kelas dan mempelbagaikan pembelajaran bahasa. Kelas ini merupakan kerjasama antara MSD Innovation dan Pusat Internet Komuniti (PIK). Kelas ini juga adalah terbuka kepada semua kategori yang ingin menambah ilmu bahasa.
Aktiviti :
Petugas menyediakan 'link' kelas secara atas talian sebagai persediaan para pelajar menyertai kelas tersebut. Kelas tersebut telah diajar oleh seorang tenaga pengajar jemputan daripada pihak penganjur.
|
Tujuan :
Pemohon membuat permohonan bantuan pendidikan khusus kepada anak-anak Negeri Sembilan melalui aplikasi N9 Digital untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung pembiayaan pendidikan anaknya yang kini sedang menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Aktiviti :
Pemohon dibantu oleh petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk membuat permohonan pinjaman tersebut di dalam aplikasi N9 Digital . Petugas memberi tunjuk ajar kepada pemohon tersebut dan membantu mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem permohonan tersebut.