|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dari segi pembelajaran dan penguasaan subjek Bahasa Inggeris. Selain itu, membantu kecekapan daya pemikiran para peserta di dalam membuat perkataan daripada susunan abjad yang diberi.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan aplikasi permainan 'word shake' tersebut sebelum para peserta memulakan permainan. Para peserta diberikan masa selama 3 minit untuk membina seberapa banyak perkataan berdasarkan abjad-abjad yang diberi oleh permainan tersebut dan para peserta juga akan dinilai pemarkahan berdasarkan perkataan yang dibina.